.

.

Wednesday 21 May 2014

Pilihan terbaik untuk Teluk Intan !


" Sebagai orang Teluk Intan, saya lebih yakin dengan masalah yang dihadapi rakyat di sini" - MSK

Kata - kata yang pada hemat Sec9 tepat buat masa ini. Beliau merupakan orang Teluk Intan. Jasanya kepada Teluk Intan memang amat banyak. Sesungguhnya pengundi di Teluk Intan memerlukan pemimpin seperti ini untuk membantu memakmurkan serta dapat memberi manfaat kepada warga Teluk Intan. Sec9 tidak bercakap secara retorik, lihatlah "list" di bawah apa yang telah Mah Siew Keong lakukan untuk untuk rakyat jelata..

1)  Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan.

2) Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli.

3)  Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak. 

4)  Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan.

5) Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan.

6) Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir Perak secara berasingan.

7) Berjuang untuk mendapatkan peruntukan kerajaan yang berjumlah puluhan juta ringgit bagi tujuan pembinaan benteng yang menjangkau 10km di sepanjang Sungai Perak dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang telahpun lama membelenggui penduduk setempat.

Perlu diingatkan walaupun  Mah Siew Keong tewas dalam PRU tahun 2008 dan 2013, namun beliau tetap mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan.

KPI yang terbaik buat calon Teluk Intan. Kegigihan beliau telah terbukti buat warga Teluk Intan. MSK adalah pilihan yang terbaik jika dibanding dengan Dyana yang mana beliau belum terbukti lagi. 

MSK telah berjaya membuktikan dedikasi beliau dan sesungguhnya beliau adalah calon yang terbaik buat warga Teluk Intan.

Pilihan terbaik buat warga Teluk Intan

Rujukan sumber : FB Gegar Rakyat




No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...