.

.

Thursday 22 May 2014

Dyana tidak berdaftar dengan The Malaysian Bar ?


Aura Dyana Sofya memang jelas kelihatan di dalam PRK Teluk Intan. Strategi DAP meletakkan seorang calon anak muda seakan berjaya menambat hati pengundi-pengundi di Teluk Intan. Berdasarkan website Malaysiakini di pautan http://www.malaysiakini.com/news/263009 , Dyana Sofya merupakan Peguam berusia 27 lulusan UITM.


Namun Sec9 terasa sedikit musykil akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini apabila terpandang status FB Ahmad Shuaib Ismail https://www.facebook.com/ahmadshuaib.ismail1

" Adalah menjadi satu kesalahan jenayah jika menyamar menjadi peguam yang mengamalkan guaman serta ada firma guaman tanpa sah berdaftar di bawah majlis peguam Malaysia 

Saya baru lepas semak laman web majlis peguam Malaysiawww.malaysianbar.org.my tiada nama tertera calon DAP parlimen teluk intan tertera sebagai peguam berdaftar di bawah majlis peguam.

Adakah laman web tersebut silap atau saya silap taip nama dia Dyana sofya binti Mohd daud ? " 
Ahmad Shuaib Ismail




Sekiranya kita hendak selidik jika seseorang itu adalah peguam yang berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia, kita boleh semak menggunakan laman website "The Malaysian Bar" sebagai carian alternatif yang pantas. Pautan ataupun link yang digunakan adalah http://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html

Cubaan carian pertama mengunakan nama Dyana tidak membuahkan hasil.

Carian menggunakan nama "Dyana"

Musykil juga Sec9,  setahu Sec9  peguam-peguam di Malaysia ini semestinya akan berada di dalam sistem " Database " The Malaysian Bar. Adalah agak mustahil "figure" seperti Dyana Sofya ini namanya tiada di dalam sistem tersebut. Sec9 cuba guna "keyword" karpal singh, ada pula jumpa seperti gambar di bawah

Carian guna nama "karpal singh" berjaya
Ditambah pula berdasarkan satu website  http://malaysiafactbook.com/Dyana_Sofya_Mohd_Daud ada mengatakan yang Dyana ada law firm sendiri di Cyberjaya. Seandainya benar Dyana ada law firm sendiri, semestinya nama Dyana sebagai peguam ada dalam " database" The Malaysian bar bukan ?

Website yg mengatakan Dyana ada Law Firm di Cyberjaya

Persoalan yang timbul adakah Dyana betul-betul seorang Lawyer/Peguam "by profession and has her own law firm in Cyberjaya"  ?

Jika benar Dyana seorang lawyer, mengapa nama beliau tiada dalam sistem carian peguam di website "The Malaysian Bar" ?

Pada hemat Sec9 tidak molek jika d hebahan di internet dikatakan  berkenaan butir-butir seorang calon adalah tidak benar.

Jika Sec9 silap,  Sec9 minta maaf banyak-banyak cuma diharap Dyana dapat menjelaskan kemusykilan yang timbul akan status Dyana a  " lawyer by profession, Dyana has her own law firm in Cyberjaya "




No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...