.

.

Tuesday 20 May 2014

Perpustakaan nilai RM1 Juta sudah 1 Tahun tidak boleh diguna?

Sec9 amat terkejut dengan keluhan yang diterima. Dikhabarkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di buka di Sungai Udang Selangor sudah setahun tidak dapat digunakan. Apakah benar ? Sec9 dapat gambar yang menunjukkan pintu pagar ditutup. Dari pengamatan Sec9 bangunan tersebut sudah cukup sifat dan bila merujuk kembali waktu pelancaran perpustakaan tersebut rata-rata semuanya dalam berkeadaan yang baik. 

Majlis Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun 2013 dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata inisiatif itu dilakukan agar penduduk Selat Klang dapat memartabatkan ilmu...rujukan ( http://www.selangorku.com/?p=26999 )

Namun...

Jika benar seperti yang dikatakan oleh Exco Pendidikan yang juga merupakan ADUN Selat Klang tersebut, persoalan timbul kerana ada yang merungut bahawa :

1) Sudah setahun perpustakaan itu tidak boleh digunakan oleh warga Selat Klang. 
2) Adakah perasmian yang telah dijalankan hanyalah gimik-gimik politik ?

Agak sedih apabila memikirkan prasarana yang telah siap berjumlah RM1 juta (berdasarkan website mediaselangorku) mungkin masih tidak boleh digunakan.

http://www.selangorku.com/?p=26999


Pintu pagar kelihatan dikunci

Pada hemat Sec9 cukup mudah. Jika sudah siap bukalah ia supaya warga penduduk boleh menggunakan perpustakaan tersebut dan mendapat manfaat darinya.

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...