.

.

Monday 19 May 2014

MSK calon terbaik berbanding Dyana ?

Para pengundi di Teluk Intan mungkin sekarang tengah menimbang-nimbang diantara calon BN dan calon DAP yang manakah satu pilihan pengundi di Teluk Intan. Masing-masing ada aura yang tersendiri. Dyana dari calon DAP yang masih muda berbanding Mah Siew Keong, "veteran" namun mempunyai pengalaman yang meluas. 

Mungkin pengundi Teluk Intan mahu memberi undi kepada calon DAP atas sebab anak muda dan ia pilihan DAP.

Dyana Sofya


Namun sebelum memilih Calon Ahli Parlimen mari kita lihat dahulu beberapa peranan dan tanggungjawab yang perlu di lakukan oleh seorang ahli Parlimen

1) Menjaga keperluan penduduk kawasan pilihanrayanya, dan berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul. 

2) Mengambil langkah-Iangkah dalam membantu pembangunan kawasan pilihanrayanya dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan peluang-peluang pekerjaan untuk para penduduk

3) Untuk mengusahakan perkara yang disebut di atas, Ahli Parlimen perlu berhubung dan berunding dengan pihak-pihak Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan pusat dan tempatan.

4) Bertindak sebagai pendamai dalam konflik atau perselisihan awam atau dalam negeri .


Persoalan yang ingin dilontarkan kepada para pengundi Teluk Intan adakah calon Ahli Parlimen yang bakal dipilih itu dapat melaksanakan peranan-peranan di atas ?



Buatlah pilihan yang bijak...



No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...