.

.

Friday 3 February 2012

Alhamdulillah..Dah jumpa Fitri....Syabas...

Syukur jumpa jugak akhirnya....syabas bagi yang sudi membantu...:-)



Assalamualaikum.

Alhamdulillah....syukur dan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menemukan kembali Mohd Nor Fitri dengan keluarganya.

Kak Su bagi pihak keluarga Mohd Nor Fitri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Papagomo dan rakan-rakan blogger yang lain yang telah menolong menghebahkan tentang kehilangan adik Mohd Nor Fitri dan dengan Kehendak Nya juga kami telah berjaya menjumpai Mohd Nor Fitri di Bukit Mertajam, Penang sebentar tadi. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang begitu prihatin menalipon dan sms memberi maklumat tentang adik Fitri.
Disini kak su juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Omar (wartawan metro) kerana telah menyiarkan berita kehilangan Fitri hari ini.

Disertakan gambar Mohd Nor Fitri semasa dijumpai bersama ibu dan kakak.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan melindungi kalian semua....

-Kak Suraya.-

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...