.

.

Thursday 2 February 2012

Alert ! : Remaja OKU Hilang

Ok dapat info dari sahabat tentang berita ini. Semoga remaja tersebut dapat dijumpai dengan segera. Mohon kepada sesiapa yang tahu atau ternampak remaja ini dapat menghubungi pihak yang berkenaan.


Di sini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012 

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.



Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.


Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.

Dan info daripada rakan blogger keris7lok :



Pihak Polis dan orang awam belum dapat mengesan/melihat kehilangan Fitri (Adik saya). Kini sudah 6 hari Fitri hilang....Untuk makluman, Fitri memakai seluar panjang hitam serta berbaju warna oren..Minta kerjasama rakan2 serta budi baik anda jika ternampak/terjumpa Fitri...Sila serahkan/laporkan kepada Balai Polis berdekatan..Terima Kasih... -27/01/2012 


p/s: Mohon share agar ia tersebar.


Semoga Fitri dapat bertemu kembali dengan keluarga yang tercinta...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: syukur Fitri sudah dijumpai sila rujuk :-
http://section9inmy.blogspot.com/2012/02/alhamdulillahdah-jumpa-fitrisyabas.html

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...