.

.

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433


(gambar diatas sebagai hiasan)

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 Feb 2012. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari itu jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Kita sebagai umat di akhir zaman patut bersyukur dengan apa yang kita kecapi. Semoga kita dapat mencontohi budi pekerti dan Sunnah Rasulullah S.A.W . Ingat lah kita sebagai umat akhir zaman ditinggalkan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Perpaduan yang erat dikalangan umat Islam akan menjadikan kita 'kuat' semula. Bersatulah demi agama Islam yang tercinta. 


Salam Maulidur Rasul buat semua.

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...