.

.

Thursday, 20 September 2012

Terdesak... UIAM difitnah !!!



Sec9 dapat berita bahawa satu surat telah disebarkan dan nampaknya ia bertujuan menjatuhkan nama baik UIAM. Untuk makluman semua ini disebabkan UIAM akan menjalankan pilihanraya kampus pada 25/9/2012. Begitu terdesak sungguh!!!. Apabila Sec9 lihat surat tersebut nampak sangat terdesak sehingga sanggup menggaburi dengan menggunakan nama Presiden UMNO. Namun apabila niat itu tidak betul, dengan izin Allah, apa yang tidak betul itu Allah tunjuk.

Fakta pertama:

Bila masa pulak shortform "UM" digunakan...adakah UM : Universiti Malaya ker?
 

Fakta kedua:
 Bila masa pulak panggilan "Puan" digunakan apabila insan tersebut sudah ada title "Prof"


Fakta ketiga :
Betul ker takder title didepan nama...yang lain ada pula title YB atau Yb Bhg...

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat:

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Majlis Syura Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran sepucuk surat palsu yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.
 
Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang berat perbuatan pembohongan itu dan telah membuat laporan di Balai Polis Gombak pada pukul 9 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, surat palsu berkenaan telah disebarkan dalam kampus dan juga dimuat naik di sesetengah laman blog.
 
"Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden UMNO.
"Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat," kata kenyataan itu.
 
Menurut kenyataan itu, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.
"Ia bertujuan untuk mengeruhkan suasana harmonis dan kedamaian yang wujud dan dikecapi seluruh warga kampus UIAM menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 25 Sept ini," tambah kenyataan itu.
 
Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan drastik yang berbentuk disiplin dan perundangan jenayah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar, mengedar surat tersebut atau mana-mana individu yang memuat naik surat itu di laman web masing-masing atau di laman blog tertentu.
"Pihak Majlis Syura UIAM sedang menyiasat kes ini dengan penuh teliti termasuk menonton semula rakaman pita TV kawalan keselamatan dan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," kata kenyataan itu. - BERNAMA
 
Laporan Polis dari pihak UIAM

Video Presiden UMNO menafikan surat tersebut.

Sec9:  Amalan tidak sihat sudah mula menular di dalam kampus. Adakah ini masa depan yang kita inginkan?

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...