Sekarang adalah musim Pilihanraya Kampus IPTA. Kali ini mahasiswa/i akan bertanding diperingkat Universiti. Proses ini ada baiknya kerana ia dapat mencerna pengalaman yang bermakna. Mahasiswa dapat melihat proses yang boleh dikatakan sama seperti suasa pilihanraya di Malaysia namun ia perlu mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti.
Namun kini sudah kedengaran ada calon-calon IIUM diugut sehingga mereka tidak mencalonkan diri untuk bertanding. Dikhabarkan ugutan dibuat sehingga calon menarik diri. Ini menunjukkan betapa busuknya pihak yang membuat ugutan tersebut. Boleh di katakan budaya samseng telah menular di IIUM. Adakah pelajar yang masuk ke IIUM telah diajar untuk menjadi samseng ?!
Ini ditambah pula dikhabarkan bahawa ada golongan-golongan pelajar telah membuat Flashmob di IIUM tengahhari tadi (18/9/2012).
Di sini ingin Sec9 tekankan lagi sekali adakah ibubapa menghantar anak-anak mereka untuk belajar di salah satu Universiti yang tersohor di Malaysia - IIUM namun terbabit dengan aktiviti - aktiviti seperti demonstrasi, flashmob, menggugut.??
Siapakah yang membawa anasir-anasir sebegini...???
No comments:
Post a Comment
Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)