.

.

Sunday 8 June 2014

Mereka mudah lupa...terlajak kata, kantoi !!!

Sekadar Hiasan..

Percayakah bahawa semua syarikat yang berjaya di Malaysia ini pada awal permulaannya semuanya diberi bantuan...?

Kenapakah sec9 berkata begini sebab Sec9 terpanggil apabila terdengar ada yang mempertikai kerajaan Malaysia dengan menggambarkan mengamalkan kronisma dan sebagainya. Dan yang paling Sec9 rasa panas adalah golongan yang membuat "statement" seperti ini adalah mereka mendapat kontrak-kontrak dari kerajaan Malaysia.

Bila mereka sudah berjaya, mereka seperti bongkak mengatakan dengan menggambarkan kerajaan Malaysia ini mengamalkan kronisma dan lain-lain lagi yang membuat Sec9 betul-betul rasa menyampah. Dulu tatkala golongan ini baru nak menapak, mereka dibantu sehingga golongan ini boleh dikatakan menjadi kaya-raya dan mewah. Sec9 malas nak sebut nama-nama yang terlibat...Siapa yang makan cili dia kan terasa pedasnya..

Pernah suatu ketika, Sec9 pernah berada secara tidak sengaja di suatu taklimat tender di Putrajaya. Tiba-tiba Sec9 terpandang seorang insan yang Sec9 kenal datang. Sec9 tahu beliau ada syarikat yang boleh dikatakan "ternama" juga di Malaysia. Dan Sec9 tahu juga yang beliau penyokong kuat PKR pada waktu itu. Nak di jadikan cerita, insan tersebut datang pakai blazer (executive) dan tersemat pin "1 Malaysia" di blazer yang dipakai. Boleh tahan lakonannya. 

Dan kini, sudah pasti ramai yang tahu baru-baru ini ada tokoh korporat yang dikatakan ucapan beliau di salah tafsirkan. Cadangan Sec9 mudah....mulai saat ini, jika ada penerima Tender kerajaan yang membuat "statement" seperti mengutuk kerajaan sila "blacklist" buat seketika. Dan pohon SPRM dimasukkan sekali dalam proses-proses tender kerajaan. 

Luahan hati dari penyokong tegar kerajaan merungut kenapa golongan yang menentang Kerajaan mudah mendapat tender kerajaan, dan mereka yang menjadi Penyokong Tegar Kerajaan boleh bermimpi di siang hari untuk dapat tender-tender tersebut walaupun mereka ini mempunyai syarikat yang berwibawa.

Mohon SPRM masuk dan siasat tender-tender kerajaan dan check mana-mana pegawai kerajaan yang Korup jika ada... 

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...