.

.

Tuesday 27 May 2014

Dyana berSelfie crowd senyum !?

Tinggal lagi beberapa hari lagi tempoh berkempen akan tamat untuk PRK Teluk Intan. Sec9 dapat melihat kempen dari kedua-dua pihak bertambah meriah. Berbagai-bagai aktiviti telah di jalankan bagi menambat hati pengundi-pengundi. Ada yang pergi ke kedai-kedai, pasar-pasar. Dan kali ini yang Sec9 perasan aktiviti "berselfie".

 Dyana Sofya dalam acara berselfie di Dataran Teluk Intan Menara Condong.
Ni agak menarik sebab perlu di ingat...dalam sebarang kempen apabila kuantiti "Crowd" merupakan suatu "advantages" dan dapat diguna sebagai kayu pengukur walaupun secara kasar. Dalam perlu juga di akui ini salah satu perkara yang baru. Tidak pula nampak dalam PRK-PRK sebelum ini acara seperti ini di jalankan. Mungkin kerana Dyana punyai aura yang tersendiri.

Di pihak BN pula Jamal Abdillah dipanggil untuk menghiasi kempen di Teluk Intan.  Beliau yang merupakan anak jati Kg Gajah berkongsi pentas dengan beberapa tokoh Barisan Nasional (BN) pada majlis ceramah di Kg Bahagia yang turut dihadiri oleh calon BN, Datuk Mah Siew Keong.



Namun di dalam kehangatan berkempen, pada hemat Sec9, para pengundi sepatutnya bertanya dan mencari calon mana yang boleh memakmurkan lagi kawasan Teluk Intan. Apakah menifesto mereka, apakah janji-janji mereka yang boleh dibawa. 

Dan satu perkara yang perlu di tekankan oleh Sec9, para pengundi harus berfikir sejenak, 

Seandainya calon tersebut menang dalam PRK, bolehkah dia melakukan apa yang perlu, apa yang telah dijanji dan apa yang diharapkan.

Pilihanraya bukan tempat menunjukkan siapa cantik, siapa "vouge". Namun ia adalah tempat di mana rakyat memilih seorang pemimpin supaya pemimpin yang bakal dipilih itu dapat membantu penduduk Teluk Intan secara khusus serta memakmurkan lagi kawasan tersebut dengan menambahkan peluang pekerjaan, menjana ekonomi penduduk setempat serta bersama-sama orang Teluk Intan.

Antara Dyana dan Mah Siew Keong, agak-agaknya siapa diantara mereka ini dapat memenuhi kriteria tersebut ?

Undi di tangan anda, buat lah pilihan yang bijak....












No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...