![]() |
| Keadaan Jerebu di Shah Alam |
Pada waktu ini, ada beberapa "events" yang sedang berlaku, kehilangan MH370, PRK di Kajang, catuan Air di Selangor dan Jerebu. Nampaknya hari ini kawasan sekitar Selangor masih lagi berjerubu. Bacaan IPU (Index Pencemaran Udara) pada pukul 4pm hari ini amat tinggi di Pelabuhan Kelang. Di bawah Sec9 ada sisipkan carta bacaan IPU di Selangor.
Sumber : http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php
Dapat berita dari kawan, ada ibu-bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah akibat jerebu. Sec9 berharap suatu tindakan dapat dilakukan untuk mengatasi masalah jerebu yang semakin teruk ini. Sebelum ini pihak tentera udara TUDM ada menggunakan Kapal Terbang mereka untuk proses pembenihan awan untuk atasi masalah jerebu dan kemarau.
Namun akibat kejadian kehilangan pesawat MAS MH370, Sec9 menjangkakan mungkin kebanyakkan aset udara TUDM diguna pakai untuk operasi SAR (Search and Rescue). Mungkin jika keadaan lebih teruk, Sec9 berharap ada aset tentera udara TUDM ataupun dari agensi-agensi yang lain yang boleh diguna pakai untuk tujuan pembenihan awan agar masalah jerebu dapat dikurangkan.
Sec9 berharap Jerebu dapat berkurangan selepas ini dan berdoa supaya ada hujan turun agar dapat mengurangkan jerebu dan catuan air di Selangor dapat di tamatkan...Oh Selangorku...


No comments:
Post a Comment
Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)