Lama sudah Sec9 tidak menulis. Almaklumlah....bulan Ramadhan dan sekarang sudah nak raya. Bulan Ramadhan kini semakin meninggalkan kita...namun nampaknya suasana politik Malaysia semakin rancak.
Bukan dek kerana nak menyambut Syawal yang mulia, namun semuanya tengah " gear up " untuk hadapi PAU 2013.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu PAU? Kueh Pau kah?...Oh tidak...PAU yang Sec9 maksudkan adalah Perhimpunan Agong Umno. Apa yang istimewanya kali ini ? Well untuk kali ini, jawatan-jawatan di dalam UMNO akan dipertandingkan. Dari atas hingga ke bawah. Masih belum ada keputusan jawatan presiden dipertandingkan atau tidak namun jawatan-jawatan lain akan dipertandingkan.
Kini semua bakal-bakal calon telah memulakan kempen secara aggresif. Ada yang baru buka akaun FB. Ada yang mula turun ke bawah...dan ada yang mula "bermesra" dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Kini nampaknya "sesi pembersihan" juga sedang giat di jalankan. Perlu diingatkan survival UMNO bergantung kepada " outcome" pemilihan kali ini.
Kempen sudah semakin rancak..dan kini dengan Syawal yang bakal menjelma merupakan bulan Syawal yang lebih meriah buat bakal-bakal calon yang ingin bertanding..Akan tetapi semuanya bergantung kepada undi ahli-ahli di dalam parti UMNO itu sendiri. Sec9 berpendapat...kali ini ahli-ahli akan membuat suatu keputusan dengan mengambil kira berbagai faktor. Kali ini..ahli UMNO sudah semakin matang.
Kali ini...semuanya pihak tidak akan merasa selesa kerana Sec9 berpandangan sesuatu "big" yang akan berlaku di dalam parti UMNO itu sendiri...bersedialah...

No comments:
Post a Comment
Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)