.

.

Sunday 14 October 2012

Berita baik pada yg nak sambung Master dan PHD!!

Berita baik pada yang nak sambung belajar ke peringkat Master dan PHD....apa yang baiknya...Pernah dengar MyBrain15?. Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan yang terbaik bagi membantu pada sesiapa nak sambung belajar ke peringkat Master dan PHD. Dengan erti kata lain ada dapat sponsor/biasiswa..

Ok apa itu MyBrain15:

 
 
Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).
 
 
Syarat-syaratnya:
 
Master: Syarat Umum,
 
(a) Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
(b) Tiada had umur.
(c) Pemohon mestilah:
Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
 Kakitangan swasta; atau
Pensyarah IPTS
(d) Penjawat awam atau badan berkanun sama ada tetap atau kontrak tidak layak memohon .
(e) Pemohon tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
(f) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
 Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

Memiliki sijil kelayakan profesional yang telah diberi nilai taraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda;
danMemnuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.

Syarat Selanjutnya: https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php

PHD: Syarat Umum,

(a) Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
(b) Tiada had umur.
(c) Pemohon mestilah:
Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
Kakitangan swasta; atau
Pensyarah IPTS.
(d) Penjawat awam atau badan berkanun sama ada tetap atau kontrak tidak layak memohon.
(e) pemohon tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian diperingkat yang sama.
(f) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 3.00 - 4.00 atau setara; atau
Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 2.75 -2.99 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun; atau
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 3.50 - 4.00 atau setara; atau
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 2.75 - 3.49 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun; atau
Memiliki sijil kelayakan profesional yang telah diberi nilai taraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana;dan
Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.
Syarat Selanjutnya: https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_myphd.php

Peluang dah ada jadi gunakanlah sebaik yang mungkin...:-)

2 comments:

  1. cikgu yang bercita2 nak sambung phd ni macam mane?

    ReplyDelete
  2. cikgu yang bercita2 nak sambung phd ni macam mane?

    ReplyDelete

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...