.

.

Saturday, 22 September 2012

Jajahan WUFI di UIAM !?



 
Sec9 dapat email dari seorang hamba Allah yang sedang belajar di UIAM. Menurut beliau tahu yang pihak Wufi memang kuat di UIAM. Namun apabila banner tersebut dipasang (walaupun telah dinafikan), hamba Allah tersebut beranggapan bahawa seperti UIAM ini Wufi yang punya...Hakikatnya hamba Allah itu beritahu bahawa Wufi memang berpengaruh di UIAM. Ada juga dikalangan professor di UIAM serta lecturer menyokong Wufi ini..
 
Ada yang beranggapan bahawa tak payah ler buat pilihanraya kampus di UIAM sebab pengaruh Wufi terlampau kuat sehingga ada yang di brainwash serta di ugut oleh pihak tertentu supaya tidak bertanding di dalam pilihanraya kampus. Sec9 terkejut dengan kes ugutan itu yang mana sebelum ini Sec9 memang terdengar ada calon-calon bukan pilihan Wufi yang mahu bertanding telah di "provoke" dan diugut sehingga ada yang tarik diri dari menjadi calon...

Terkejut sungguh Sec9 mendengar apa yang disampaikan. Sampai begitu sekali taktik yang telah dilakukan. Dahulu semasa Sec9 bertanding sebagai MPP ketika muda-muda dulu takderlah sedemikian rupa. Tapi yang sedihnya perkara sebegini berlaku disalah satu Universiti yang terkemuka di Malaysia. Apa yang Sec9 nampak, ini semua pengaruh luar yang telah menyusup masuk ke dalam minda pemikiran pelajar-pelajar di IPT.
 
Masih tergiang-ngiang dengan kes Adam Adli yang telah membuat onar dengan mencemarkan nama baik UPSI. Persoalannya di sini siapakah yang mengajar mereka menjadi sedemikian rupa?

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...