Baru - baru ini Sec9 berpeluang mendengar ceramah "Selamatkan Aqidah Umat" oleh YB Dato' Dr Hasan (DHA) Ali di Shah Alam. Para pendengar khusyuk mendengar apa yang cuba disampai oleh DHA. Dalam banyak - banyak intipati ceramahnya Sec9 amat tersentuh apabila DHA memberi tahu agenda DAP yang akan dilaksanakan sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya di antaranya:
1) Malaysia akan ditukar menjadi negara republik
2) Menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)
3) Menghapuskan pengajian ISLAM di sekolah
4)Zakat fitrah akan digunakan oleh yang bukan Islam
Negara Republik
Banyak yang berpendapat negara republik adalah lebih demokratik dari negara monarki . Namun itu semuanya sebenarnya bergantung kepada siapa yang memegang kuasa eksekutif. Pada hampir setengah negara-negara monarki , raja hanyalah sekadar lambang kedaulatan negara, dan perdana menteri lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atau dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara raja adalah demokratik.
Dari segi mana yang lebih demokratik, memang tak ada perbezaan yang jelas antara republik dan monarki. Di negara monarki, sering Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif lebih besar berbanding rajanya, yang berkuasa dari segi adat istiadat sahaja. Dan ada juga kes di beberapa republik di mana Presidennya memerintah secara totalitarian. Misalnya, negara di bawah pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah . - wikipedia
"Di negara monarki, sering Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif lebih besar berbanding rajanya, yang berkuasa dari segi adat istiadat sahaja. " Seandainya yang menjadi Perdana Menteri bukan dari kalangan orang ISLAM terjadi di Malaysia agak-agaknya apa yang akan terjadi. Pada masa sekarang belum lagi DAP dapat memrintah satu Malaysia telah kedengaran ataupun telah terjadi perkara-perkara yang tidak kita jangka. Dikhabarkan laungan Azan tidak berkumandang / di "slow" kan di Pulau Pinang. Tulisan Jawi di Papan Tanda jalanraya dipersoalkan dan hak-hak orang melayu telah dipersoalkan secara terang-terangan.
Pernah sahabat Sec9 mahu berbuka puasa di Pulau Pinang.Apabila tiba waktu berbuka langsung tiada kedengaran Azan dilaungkan. Bila diselidiki, untuk mengetahui sudah masuk waktu berbuka puasa adalah dengan penerimaan SMS sahaja. Sec9 Sungguh terkejut dengan perkara ini.
Menghapuskan pengajian ISLAM di sekolah.
Melentur Buluh biarlah dari rebungnya...
Subjek pengajian ISLAM telah menjadi salah satu Target oleh DAP. Bila difikirkan ada logiknya. Bayangkan anak-anak kita tidak diajar pengajian ISLAM di sekolah. Apakah impak yang akan terjadi? Adakah ini yang kita mahukan. Dan bila ini terjadi, Bagaimana nasib guru-guru yang mengajar pendidikan ISLAM di sekolah-sekolah? Adakah mereka juga akan di "terminate" dari perkhidmatan?
Menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)
Kenapa pula RAMD mahu dikacau?? Jawapanya sungguh mudah. RAMD dianggotai oleh 100% orang melayu dan taat setia kepada Raja tiada berbelah bagi. Sekiranya RAMD dihapuskan ia akan memberi kelebihan kepada pihak musuh untuk menawan Malaysia..
Zakat Fitrah akan digunakan oleh orang yang bukan ISLAM
Zakat adalah hak milik umat ISLAM. Zakat yang dikutip di Malaysia adalah sangat banyak dan ini adalah salah satu sumber yang mereka inginkan. Pernah baru - baru ini mereka mahu menggunakan duit sumber dari Baitulmal. Nasib baik Sultan Selangor cepat bertitah dan menyekat perkara tersebut dilaksanakan.
Sekarang mereka belum lagi memerintah satu Malaysia. Bayangkan sekiranya mereka dapat memerintah satu Malaysia...fikir-fikirkanlah demi generasi yang mendatang...
No comments:
Post a Comment
Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)