.

.

Friday, 18 May 2012

UMNO dan PAS bergabung ??



Dikhabarkan Nik Aziz bersedia bermuzakarah bersama UMNO. Ramai yang terkejut dengan apa yang terjadi. Mungkin kerana sebelum ini Nik Aziz dilihat sebagai salah seorang yang menentang muzakarah PAS dengan UMNO. Namun baru-baru ini lain pula yang berlaku. Sudah pasti ada pihak di dalam PAS yang tidak mahu perkara itu berlaku lantas berbagai-bagai versi penentangan yang telah diutarakan. Namun PM dan TPM serta ahli UMNO mengalu-alukan muzakarah berlaku. Hujung-hujungnya kedua-dua parti dianggotai oleh orang ISLAM. 

Tatkala belaku perpecahan di sana-sini namun secara hakikatnya umat Islam perlu bersatu. Namun sebelum penyatuan itu berlaku tentunya ranjau-berduri akan ditempuhi. Kita sememangnya mahukan suasana aman damai dan negara Malaysia di dalam keadaan yang stabil dan kuat. Mungkin sesuatu akan berlaku.Tatkala tiupan pilihanraya semakin tiba banyak perkara yang akan terjadi.

Yang pasti " Perpaduan asas kekuatan Ummmah "

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...