.

.

Friday 2 March 2012

Penubuhan Kelab/Persatuan baru kini menggunakan "Online Registration"



Baru-baru ini Sec9 ada pergi ke pejabat pendaftaran pertubuhan di Shah Alam. Setelah berhempas pulas menyiapkan dokumen untuk di hantar , Sec9 beserta rakan pergi ke pejabat pertubuhan untuk menghantar borang bagi penubuhan kelab. Sec9 amat terkejut kerana mulai sekarang pendaftaran baru pertubuhan kelab/persatuan/pertubuhan boleh dibuat secara online.

Pada mulanya terasa agak terkilan sebab penat-penat buat dokumen rupa-rupanya kena pakai pendaftaran online. Proses ini baru sahaja dilakukan. Mungkin proses ini sudah boleh dilaksanakan oleh semua negeri. Yang pastinya di Selangor telah bermula. Alang-alang dah sampai ke pejabat pertubuhan, Sec9 pun mengambil keputusan untuk membuat pendaftaran menggunakan komputer yang disediakan di pejabat tersebut.

(paparan muka hadapan online registration)


Seperti yang Sec9 jangkakan, sistem online tersebut masih 'slow'. Pada hemat Sec9 komputer yang digunakan tidak mempunyai masalah namun mungkin sistem atau talian perhubungan ke sistem tersebut perlu di tambah baik. Sec9 paham first implementation memang kadang-kala akan berlaku 'hickup'. Maklumlah masa fasa testing berkemungkinan tidak banyak user yang digunakan utk test sistem tersebut dalam satu masa kan?


Nasihat kepada staff IT Jabatan Pendaftaran, anda perlu banyak bersabar pada waktu ini yer...kalau susah sangat, mintalah consultant/programmer yang buat sistem tu cek dan perbaiki mana-mana yang perlu yer...mungkin problem dengan database,mungkin problem dengan server dan mungkin problem dgn sistem itu sendiri dan pada pendapat Sec9 ada modul-modul pada paparan pendaftaran perlu ditambah button/fungsi. Rasanya hasil kaji selidik boleh di ambil dari staff/pegawai yang bertugas..:-)


Apa-apa hal. Sec9 berpuas hati sebab proses ini sudah boleh dilakukan secara online dan ini memudahkan lagi proses pendaftaran dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja..

Syabas kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Pendaftaran Pertubuhan Secara Online : http://www.eroses.gov.my/

2 comments:

  1. apa persiapan sebelum daftar pertubuhan?

    ReplyDelete
  2. Da dftr tp terslh BG email..id da add...so xdptla bkk cz xdpt pswrd...

    ReplyDelete

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...