![]() |
| (gambar di atas sebagai hiasan sahaja) |
Sec9 ingatkan isu pembantu rumah dari Indonesia sudah selesai. Tapi nampaknya ada isu baru pula. Kini difahamkan bahawa pihak Indonesia memutuskan bahawa pembantu rumah dari Indonesia dibayar RM 700 untuk satu tugas sahaja. Dengan erti kata lain untuk memasak harga lain, untuk mengemas rumah harga lain. Pada pendapat Sec 9 perkara ini nampak seperti berat sebelah. Perlu kita ingat bahawa pembantu rumah tersebut akan duduk sekali di rumah majikan. Jika 1 tugas RM 700 maka ini pasti menimbulkan keberatan pada majikan.
Jika ingin di kira maka kos tempat tinggal, makan, pakaian pembatu rumah macam mana? Walaupun pemimpin kedua negara telah bertemu empat mata pada tahun lepas. Namun isu baru telah timbul. Sekiranya susah sangat adalah lebih wajar tumpuan pencarian pembantu rumah di tumpukan pada negera lain. Mungkin negera yang terdekat yang boleh di ambil kira adalah di Selatan Thailand.
Faktor Geografi mereka sama dengan negara Malaysia. Bahkan terdapat kesamarataan di dalam berbagai bidang jika dibandingkan dengan Malaysia. Mungkin sudah tiba masanya Malaysia menimbulkan kebergantungan pembantu rumah dari Indonesia dan mula melihat ke negara lain.

No comments:
Post a Comment
Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)