.

.

Sunday 5 February 2012

Malaysia...Negara Strategik!!

(gambar diatas sebagai hiasan)

Malaysia merupakan suatu negara yang unik. Dengan mempunyai populasi lebih kurang 28 juta penduduk dan mempunyai berbilang bangsa dan budaya boleh dikatakan Malaysia merupakan salah satu negara yang aman di dunia. Ini kita perlu akui dan boleh dilihat sendiri dimata kasar kita. Tatkala ini Mesir masih bergolak. Dari pemberontakkan yang dilakukan oleh penduduknya sendiri keadaan masih lagi menjadi kucar-kacir. Tidak lama kemudian negara Libya juga mengalami nasib yang sama. Memang kehidupan di sana berlainan dan mungkin kita tidak ketahui keadaan kehidupan di sana namun natijahnya apa yang berlaku adalah pertumpahan darah. Gara - gara rasa tidak puas hati kepada pemimpin negara maka pertumpahan darah berlaku. Adakah sekarang negara tersebut sekarang aman?

(gambar diatas sebagai hiasan)


Namun yang sedihnya apa yang terjadi di luar negara cuba dibawa masuk ke bumi bertuah ini. Sudah lebih 50 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan dan kini rakyat hidup aman damai. Saban hari ibubapa boleh menghantar anak ke sekolah, rakyat jelata boleh keluar pada bila-bila masa dan waktu, boleh pergi beriadah dan melakukan aktiviti-aktiviti rutin tanpa ada kekangan. Bayangkan dalam sekelip mata ia boleh berubah.

(gambar diatas sebagai hiasan)

Tiada lagi kebebasan untuk keluar, perintah berkurung dikuatkuasakan, keadaan menjadi kucar-kacir. Hendak hantar anak ke sekolah menjadi suatu ancaman. Nak lepak kedai mamak pun tak boleh. Bayangkan ia terjadi dan ia boleh terjadi sekiranya kita membenarkan ia berlaku. Perlu diingat apa yang berlaku diluar negara cuba dibawa ke Malaysia. Lihat saja pada apa yang terjadi baru-baru ini. Demonstrasi jalanan berlaku dan ia berlaku atas rasa tidak puas hati segelintir individu. Kita sudah dididik dengan ilmu yang tinggi, tak akan perkara yang kita tidak puas hati tidak boleh dibawa dibincang. Betapa rendahnya akal sampai jalan penyelesaian dibawa ke jalanan.

(gambar diatas sebagai hiasan)

Perlu diingat Tanah Melayu sudah banyak kali dijajah. Dari portugis hingga ke Jepun. Generasi dahulu memang merasa pahit maung apabila negara tidak kuat dan dijajah. Itu dahulu namun kini yang akan terjadi mungkin lebih dahsyat. Malaysia cuba dikucar-kacirkan dari dalam dan luar negara. Cuba dihuru-harakan. Rakyat tidak sedar bahawa bumi bertuah ini sedang "diperhatikan" sejak sebelum tertubuhnya Malayan Union lagi...

Jika kita alpa dan bergaduh sesama-sendiri, ada pihak yang akan "menanguk di air yang jernih". Marilah sama-sama kita bersatu. Kita sekarang sedang menikmati suasana yang aman damai. Janganlah dibiarkan anak cucu cicit kita merasai pahit maung yang kita tinggalkan. Tolaklah mereka yang suka membawa kepada kehancuran dan kucar kacir.

Sesuatu "perkara" mudah kita buat apabila rakyat Malaysia bersatu-padu dan hidup dalam keadaan aman damai. Adakah kerana segelintir insan yang kemaruk kuasa kita biarkan 'mereka' menghuru-harakan keadaan aman damai ini. Fikir-fikirkanlah, Bersatulah tidak kira dari bangsa mana dan berlainan agama. 

Malaysia ini hanya satu dan tiada yang kedua.

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...