.

.

Tuesday 7 February 2012

Korupsi di Selangor ?



RPK telah membuat sedikit pendedahan mengenai korupsi di Selangor. Ini bukan saya yang cakap tapi RPK yang cakap di youtube. Di dalam wawancara yang telah dibuat bolehlah disimpulkan bahawa:

Pada 2009 satu whistleblower ( individu yang mendedahkan atau melaporkan aktiviti yang tidak sah atau tidak beretika di dalam organisasi kepada pihak tertentu. ) telah memberi tahu RPK bahawa terdapat korupsi di Selangor. RPK berkehendakan maklumat yang lebih terperinci dan meminta maklumat-maklumat dikumpul. RPK tidak menulis sebarang cerita tanpa bukti-bukti yang kukuh. Namun malang menimpa pada whistleblower tersebut...

Pada 2010 RPK telah memberitahu Anwar bahawa terdapat korupsi di Selangor namun setelah 2 tahun, tiada apa yang telah dibuat untuk menyelesaikan masalah korupsi tersebut. 

Ada beberapa orang telah kehadapan dan memberi tahu RPK bahawa ada "certain" pemimpin telah datang dan meminta wang untuk membiayai kempen pilihanraya. Ramai telah menjadi mangsa dan ada seseorang yang enggan memberi untuk membiayai kempen pilihanraya dan projeknya menghadapi masalah. Nie dah macam kes peras ugut dengan cara terhormat.

Nampaknya RPK berkemungkinan akan mendedahkan bukti-bukti penyelewengan yang ada di Selangor tak lama lagi.... 

1 comment:

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...