.

.

Thursday 9 February 2012

Hari Valentine Haram untuk umat Islam.

(gambar di atas sebagai hiasan)


"Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine 's Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam"



Sejarah Hari Valentine:

Menurut sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. 

Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan "Daripada Valentinemu". Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.


Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal:


Islam tidak menyekat kebebasan tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang. 

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal ayat 63:

"Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana".

Adalah dikhuatiri apabila umat Islam menyambut amalan ini maka mereka lupa akan batas-batas dan tatasusila yang wajib ke atas individu Islam itu sendiri. Pada waktu ini banyak perkara yang negatif berlaku apabila umat Islam menyambut Hari Valentine. Ia boleh menjerumus umat Islam kepada menjejaskan akhlak serta keimanan dan akidah. 

Begitulah intipati kandungan khutbah jumaat pada hari ini 10/2/2011. Secara peribadi Sec9 amat bersetuju bahawa amalan Valentine's Day atau sinonimnya Hari Kekasih tidak diamalkan oleh umat Islam. Umum diketahui bahawa amalan ini selalunya dilakukan oleh sepasang kekasih. Kadang-kala kemuncaknya di akhiri dengan penzinaan. Namun hakikatnya amalan ini telah menular dikalangan umat Islam pada hari ini.

Sumber : Khutbah Multimedia, Jabatan Agama Islam Selangor., I LUVISLAM.com

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...