.

.

Thursday 2 February 2012

Ekonomi kukuh ...semua OK !

(gambar diatas sebagai hiasan)


Apabila ekonomi negara kita kukuh, sudah pasti tiada lagi alasan atau kekecohan di sana-sini. Lihatlah di mana -mana negara baik yang maju atau membangun. Apabila dilanda krisis ekonomi rakyat akan meloncat menyatakan tidak puas hati. Bayangkan penduduk yang mambayar cukai pendapatan di Malaysia adalah sedikit berbanding mereka yang bekerja. ini boleh disimpulkan yang mana rata-rata penduduk Malaysia dibawah tangga gaji RM3500. Walaupun nilai RM 3500 sebulan tinggi bagi mereka yang tinggal di kampung namun bagi mereka yang tinggal di bandar jumalah tersebut amatlah sedikit dan hanya "cukup-cukup makan sahaja.

Sebab itu kita dapat lihat PM melancarkan berbagai-bagai pelan ekonomi untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi cabaran liku-liku hidup. Dengan pemberian BR1M, Voucher RM 200 kepada pelajar untuk membeli buku dan pelancaran Amanah Saham SARA 1 Malaysia diharap dapat membantu golongan yang memerlukan. Namun umum kita maklum "janganlah selalu diberi ikan namun berilah joran".

Ya memang sedap mendapat semua itu namun kita sebagai rakyat yang masih di kategorikan sebagai 'miskin' perlu juga memikirkan cara untuk mengubah nasib kita supaya menjadi lebih baik. Yang mana ingin berusaha boleh berusaha dan berbagai-bagai bantuan atau agensi Kerajaan yang ada untuk membantu menjadi yang lebih baik.Salah satunya seperti agensi MARA dan  Tekun. Terlampau banyak agensi yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan diri sendiri menjadi yang lebih baik.

Link yang berguna untuk bagi mereka yang ingin berusaha:


Persoalannya adakah kita mahu atau tidak  untuk berubah!

1 comment:

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...