.

.

Monday 27 February 2012

Berundur sebelum pergi berperang ???

(sekadar hiasan)

“Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.


Sejak 2-3 hari ni kecoh akan penahanan Anggota Majlis Pemimpin Tertinggi PKR Dr Badrolamin kerana ditangkap berkhalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Media arus perdana tidak mengeluarkan nama siapa yang ditangkap namun dengan dengan penggunaan BBM, Blog dan internet berita ini merebak dengan cepat dan siapa yang ditangkapnya pula diketahui.

Badrulamin ditangkap berkhalwat bersama Isteri orang di Pahang. Bila keluar sahaja berita ini Media alternatif terus sahaja mengeluarkan hujah-hujah untuk mempertahankan Badrulamin. Beliau juga menyatakan beliau telah diperangkap oleh UMNO dan hanya menolong pasangan tersebut kerana mempunyai masalah rumahtangga. Dalam hal ini Sec9 percaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan berlaku adil dan menyiasat secara terperinci. Biarlah pihak yang berwajib melakukan apa yang perlu.

Namun apa yang Sec9 hairan kenapa Badrulamin menyatakan rela berundur dari tampuk pemerintahan PKR. Siasatan masih dijalankan dan pada pihak mahkamah perkara benar atau salah belum diputuskan lagi. Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber ia perlu berani kerana benar.

Sekiranya tidak bersalah buat apa hendak berundur.., lawanlah di peringkat mahkamah bahawa anda tidak melakukan perkara tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Berpada - pada dalam berkomen yer...budi bahasa budaya kita..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...